Online Tip-Off Website
 
  Bahasa Malaysia | English
 
 

Selamat datang ke laman sesawang Online Tip-Off

Adalah komitmen Daikin Malaysia Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya (“DAMA”) untuk memupuk nilai-nilai ketelusan, integriti dan bertanggungjawab. Bagi mencapai komitmen tersebut, DAMA mempunyai sistem kawalan dalaman dan tatacara pentadbiran bagi mengesan dan mencegah atau menghalang kegiatan tidak wajar. Walau bagaimanapun, sistem kawalan yang terbaik tidak mungkin memberi perlindungan mutlak. Oleh yang demikian, DAMA menggalakkan pekerja-pekerjanya dan sesiapa yang ikhlas terhadap syarikat ini supaya tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat dalam pengetahuan mereka berkaitan kesalahan tindak laku yang serius atau kegiatan penyelewengan undang-undang atau peraturan yang membawa kesan negatif bagi DAMA.

Sesiapa yang ingin melaporkan sebarang keraguan adalah dinasihati supaya terdahulunya menyuarakan keraguan mereka kepada pegawai atasan pekerja DAMA yang mereka tahu dengan pasti terlibat dalam atau sedang merancang melakukan penyelewengan. Pada dasarnya, dakwaan penyelewengan harus dilaporkan kepada peringkat pengurusan yang dipercayai tidak terlibat langsung.

DAMA menyedari ada masanya di mana pendedahan maklumat kena ditujukan terus ke pihak pengurusan teratas DAMA; maka laman tip-off ini disediakan supaya laporan anda dapat dihantarkan kepada pihak pengurusan yang berkenaan.

Laman Online Tip-off ini dimiliki dan ditadbir oleh Jabatan Audit DAMA. Segala laporan yang diterima akan dikemukakan kepada Whistleblowing Committee untuk pertimbangan.

Segala laporan munasabah dan berdalil akan diproses dengan teliti berpandukan Polisi Pendedahan Maklumat & Perlindungan Pemberi Maklumat.

Notis : Laman sesawang ini TIDAK BOLEH digunakan untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan atau pengaduan berkaitan dengan hal-ehwal pekerjaan seperti prestasi kerja, terma-terma dan syarat-syarat penggajian. Untuk perkara-perkara sebegitu, sila hubungi jabatan sumber manusia anda.